Assalamualaikum wbt. Mintak maaf dah dua hari tak berkongsi pasal tazkirah Ramadhan. InsyaAllah selepas entri ini dipublish, akan ada entri mengenai perkongsian pahala yang menyusul. Bukan apa.
Aku sangat sibuk untuk dua hari sebelum ini. Hari Isnin kerja dari pukul 8 sampai 4.30. Habis kerja terus bergerak ke Salak Selatan untuk berbuka puasa di samping bersosial secara sopan dengan dua sahabat perempuan, Dyla and Atyn. Sampai rumah dalam pukul 10 setengah malam. Mandi, solat Isyak terus tidur sebab penat sangat.
Keesokannya ( selasa ) yakni semalam rutin yg sama aku lakukan. 8 sampai 4.30 kerja. Tapi dalam pukul 9 pagi, En. Hariz call jemput berbuka dekat satu lagi tempat kerja dekat Bandar Tasik Selatan. Habis kerja pukul 4.30, bersiap terus ke BTS. Habis berbuka, lepas solat Maghrib, buat 'schooling' dengan semua group partners sampai pukul 10 malam ada meeting dengan En. Syafiq. Habis dalam pukul 12.15 malam. Train dah tamat operasi. Maka Taufiq hantar balik Ampang sedangkan aku tak berapa nak ingat jalan. Tapi Alhamdulillah sampai dalam pukul 1 pagi. Sampai rumah penat sangat terus tidur.
Hari ini rutin yg sama lagi. 8 sampai 4.30 kerja. Sekarang baru ada masa nak update blog. Tapi satu entri ni dulu sebab dalam pukul 7 dah nak gerak rumah Pakcik berbuka kat sana. Nasib baik takde event berbuka kat tempat lain dah. InsyaAllah balik terawih nanti aku update entri tentang perkongsian pahala lagi.
Entri ini sekadar berkongsi memori berbuka dengan Atyn and Dyla. Blog kan umpama diari. Kalau laptop hilang, ( mintak dijauhkan ), at least kenangan semua dah tersimpan dalam blog yg tak mungkin dicuri kecuali dihacked !
Balik kepada cerita, samapi stesen lrt salak selatan, Dyla and Atyn datang ambik. Terus reserve tempat kat restoran Thai yg Dyla nak bawak kami then sementara tunggu waktu berbuka pergi lepak dekat Tasik Permaisuri kejap. Berborak apa yg patut sebab dah berbulan tak jumpa. Dalam pukul 6.45 gerak ke Restoran balik untuk bersiap berbuka. Sepatutnya malam tu 8.30 malam Dyla ada swimming class tapi nasib baik cancel so habis berbuka, kami bertiga terus ke Tutti Frutti cuci mulut. Sedikit gambar diselit.
Time lepak dekat Tasik Permaisuri. Ini Dyla. :)
Ini Atyn. :)
Tiga gambar kat atas masa berbuka puasa. Di Pormtip Thai And Western Restaurant. Bandar Sri Permaisuri. Buka secara buffet. RM23 per head. Promote sekejap, makanan sini sedap. Lagi lagi tomyam dia. Cuma air je macam air kenduri. Datang lah !
Ni masa kat Tutti Frutti.
Ah tekalah yang mana satu Aku, Atyn and Dyla punya cup.
cc: tq Atyn belanja Tutti.
And picture of the day.
Thank you Dyla and Atyn. :)









1 uberwords:
Bukan main serius lagi ayat2 sekarang, hihi :P
Post a Comment