Untuk Ramadhan yg kelima ini, aku ingin berkongsi tentang satu lagi perkara. Perkara yg sering kita lakukan dalam kehidupan seharian. Dengan sedar dan juga tanpa sedar. Baik lelaki mahupun perempuan. Apa dia? MENGUMPAT. Mengumpat merupakan perbuatan menceritakan perkara berkaitan seseorang yg mengaibkannya kepada orang lain.
Sabda Rasulullah saw :
Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. ( Hadis riwayat Muslim. )
Kenapa orang mengumpat? Biasanya jawapan yg akan diberikan adalah untuk kepuasan diri. Bila tengah marah and dengki dengan seseorang, someone will tends to cerita kat orang lain pasal keburukan org yg dia tengah marah or dengki tu. Basically, perkara mengumpat ni memang berpunca daripada perasaan tidak puas hati, dengki, cemburu, dan tak boleh tengok orang senang. Lebih parah kalau asalnya umpatan boleh bertukar menjadi fitnah. Nauzubillah.
Sikap mengumpat, mengeji termasuklah mengejek dan merendahkan seseorang amatlah dikeji oleh Allah swt. Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 6 yg bermaksud :
Wahai orang yg beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat yang membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yg tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu.
Sementara sabda Rasulullah saw tentang umpatan yg bermaksud :
Yang paling dimarahi Allah ialah mereka yg membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yg tidak bersalah. - Hadis riwayat Al Tabrani.
Sabdanya yang lain pula yg bermaksud :
Wahai orang yg beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaibannya. Sesungguhnya siapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumah sendiri. - Hadis riwayat Abu Daud.
Rasulullah bersabda lagi :
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat TIDAK AKAN DIAMPUNKAN DOSANYA sebelum diampun oleh orang yg diumpat. - Hadis riwayat Ibnu Adib Dunya dan Ibnu Hibbad.
Subhanallah. begitu besar sekali dosa seorang pengumpat. benar benar menginsafkan. Dan tahukah kalian bahawa pelaku umpat juga merupakan orang yg paling rugi ketika di hari akhirat kelak? Ya benar.
Sabda Rasulullah saw lagi yg bermaksud :
Di akhirat seorang manusia terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yg tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia berkata kepada Allah, "wahai Tuhanku, daripada mana datangnya kebaikan yg banyak ini? sedangkan aku tidak pernah melakukannya. " Maka Allah menjawab "semua itu pahala orang yang mengumpat engkautanpa engkau ketahui".
Lihatlah sahabat. Apa guna kita banyak beramal jariah, apa guna kita banyak bersedekah, apa guna kita banyak melakukan perkara sunat sekiranya mulut kita tidak lekang daripada mengumpat orang? Sia sia segala kebaikan yg kita lakukan kerana kesemuanya ( pahala ) diraih oleh orang yg kita umpat. Namun sekiranya tiada kebaikan ( pahala ) yg boleh diberi kepada org yg diumpat, maka Allah akan meletakkan kesemua dosa orang yg diumpat kepada orang yg mengumpat.
Subhanallah. Maha suci Allah. semoga kita terhindar daripada dosa terkutuk ini.
Jadi apa yg boleh kita lakukan untuk menghindar perbuatan mengumpat ini?
Pertama, janganlah kita menyertai mereka yg sedang mengumpat tentang seseorang. Di khuatiri kita akan menambah lagi cerita. Kedua, dekatkan diri kepada Allah swt dengan lebih kerap. Ketiga, diri sendiri harus sedar dengan membetulkan kesalahn diri sendiri terlebih dahula. Dan keempat, hendaklah kita tahu bahawa tiada manusia yg sempurna di bumi Allah ini dan sesungguhnya mengejek, mencerca, menghina, memerli kekurangan orang lain itu adalah umpama mencerca Allah yang menciptakan.
Wallahualam. Jaga diri, hiasi peribadi.

0 uberwords:
Post a Comment