Sunday, August 7, 2011

Tazkirah Ramadhan 6 : Doa Malaikat Jibril

Assalamualaikum wbt. Maaf sahabat. Maaf kerana semalam aku tak update blog. Seharian menghadiri seminar di Bandar Tasik Selatan. sampai sampai rumah dalam pukul 7.45 malam, baru nak berbuka. keletihan yang teramat maka tidur awal. Sempat meninjau fb dan twitter seketika tetapi tak sempat nak berkongsi pahala. :(


Maka untuk hari ini, biarlah aku kongsi dua cerita. Satu pada ketika ini. Dan satu lagi insyaAllah malam nanti. Apa khabar semuanya? Hebat hari anda? Sudah enam puasa kita lalui. Masuk hari ini tujuh puasa. Pantas masa berlalu. Harap kita sama sama dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.


Jadi hari ini, aku hendak berkongsi doa malaikat Jibril yang telah diaminkan oleh Rasulullah saw. 






Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..Amin. .Amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin tiga kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”.   (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188)

Pesan Rasulullah, sampaikan pesananku walaupun sepotong ayat.


0 uberwords: