Sunday, August 7, 2011

Tazkirah Ramadhan 7 : Dialog sentap #1

Assalamualaikum. sedar tak sedar, dah tujuh hari kita berpuasa. Seminggu. Tiga minggu je lagi kesempatan yang kita ada untuk menikmati Ramadhan tahun ini. belum tentu kita akan dapat menemui Ramadhan pada tahun hadapan. Jadi tanamkan dalam diri kita untuk sentiasa beribadat seolah olah esok adalah hari kematian kita. Dah 7 hari Ramadhan bersamaan dengan 8 kali terawih, aku cuma pernah pergi 5 kali je. harap harap hari hari seterusnya aku dapat pergi terawih sampai puasa terakhir.


Baiklah. Untuk entri Ramadhan ketujuh ni, aku hendak kongsikan beberapa dakwah yg disampaikan dalam bentuk dialog percakapan yg mungkin akan menyentap sesetengah penyinggah entri ini. Aku minta maaf. Niat hanya ingin berkongsi dan harapan supaya kita muhasabah diri apabila membaca dialog dialog ini. ( nama nama watak hanya rekaan sahaja, tiada kena mengena dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia )


Dialog 1 :


Ali : Ila, kau puasa?
Ila : Eh, mestilah puasa.
Ali : Kenapa kau puasa ek?
Ila : Itukan tuntutan Islam. Dalam rukun Islam pun ada. Perintah Allah kan.
Ali : Tapi kenapa kau tak pakai tudung?
Ila : Eh suka hati aku lah.
Ali : Tapi tutup aurat tu bukan perintah Allah ke?


Dialog 2 :


Mior : Meon, dah masuk Isyak ni, kenapa kau tak solat Maghrib tadi?
Meon : Alah, aku malas lah. Lagipun aku dah solat Asar dgn Zohor tadi. Jadilah dapat 2 pahala daripada tak dapat apa apa.
Mior : Ok. Meon, 5 tolak 1 berapa?
Meon : Apa punya soalan ni? 4 la jawapan dia.
Mior : Salah. 5 tolak 1 jawapannya kosong.
Meon : Apasal pulak? Bodoh apa kau ni.
Mior : Sehari ada 5 kali solat. 5 kali kau solat, 5 pahala kau dapat. Tapi kalau 4 solat je yg kau buat, 1 lagi kau tak buat, kosong pahala yang kau dapat.


Dialog 3 :


Siti : Awak ni pelajar jurusan Tahfiz ke?
Maria : Tak lah. Saya pelajar jurusan perubatan.
Siti : Oh. Saya ingatkan awak budak Tahfiz.
Maria : Kenapa? sebab saya bertudung labuh?
Siti : Yelah. Biasanya orang bertudung labuh ni ambil kos Arab lah, Tahfiz la, Usuludin la.
Maria : Awak, saya bertudung labuh sebab saya seorang muslimah. 
Siti : Habis saya pakai shawl ni bukan muslimah lah?
Maria : Saya tak cakap macam tu. Tapi awak pernah nampak perempuan pakai shawl pergi karaoke malam malam dengan kawan lelaki?
Siti : Pernah sebab saya pun macam tu.
Maria : Awak pernah nampak perempuan bertudung labuh pergi pusat karaoke dengan kawan lelaki?
Siti : Tak.
Maria : Jadi dengan bertudung labuh ni dapat pelihara kita sebagai Muslimah untuk tidak pergi ke tempat maksiat seperti itu.


Dialog 4 :


Satu sesi kaunseling antara Ustaz Amirul dengan 6 orang pelajarnya yg tidak pernah solat dilakukan di dalam surau,


Ustaz Amirul : Kenapa kamu semua tidak mahu solat?
Awie : Saya tak boleh kena air ustaz. Allergik.
Ustaz Amirul : Kalau tak boleh kena air, TAYAMUM ! Kamu pulak Amin?
Amin : Saya tak boleh berdiri lama lama Ustaz.
Ustaz Amirul : Kalau tak boleh berdiri lama, solat secara DUDUK ! Kamu pulak Abu?
Abu : Kaki saya tak boleh lipat Ustaz.
Ustaz : Kalau tak boleh lipat, gunalah KERUSI ! Kamu pulak Ali?
Ali : Ustaz, saya lumpuh.
Ustaz Amirul : Kalau lumpuh, solat dengan isyarat MATA ! Kamu pulak Andy?
Andy : Saya lumpuh dan buta Ustaz.
Ustaz Amirul : Kalau lumpuh dan buta, solat dengan HATI ! Kamu pulak Amri?
Amri : Saya lumpuh, buta dan takde hati ustaz.
Ustaz Amirul : Kalau semua kamu takde, kamu dah mati sekarang.


Dialog 5 :


Halim : Mat, jom kita pergi makan kat belakang kantin!
Mat : Kau gila ke? Kan tengah puasa ni.
Halim : Ala, bukan ada orang nampak pun. Cikgu tengah meeting. Budak semua dalam kelas.
Mat : Tapi kan cikgu dah pasang cctv kat keliliing sekolah ni. Nanti kantoi kita.
Halim : Yang tu kau jangan risau, aku dah cek cctv tu. Dia rosak.
Mat : Tapi CCTV Allah tak pernah rosak.


Dialog 6 :


Mariam : Kenapa awak tak tutup aurat? Pakai seksi seksi. Nampak lurah. Ketat pulak tu.
Julia : Ini kan trend sekarang !
Mariam : Awak tak takut dengan azab Allah kat akhirat nanti?
Julia : Eh suka hati aku lah. Kubur masing masing !
Mariam : Masalahnya saya risau kalau kubur awak sebelah kubur saya. Nanti tak tenang tidur saya dengar awak menjerit, meraung je nanti.




Cukup enam dialog tu dulu. Muhasabah diri kita. Maaf pada yang terasa. Sama sama kita tingkatkan kualiti diri dan agama dalam diri kita. Semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya.


Ingat ! Jangan tunggu hidayah datang pada kita, kita yang kena cari hidayah. Mati taktahu bila. Kalau esok kita mati sedangkan kita masih belum bertaubat? Apa akan jadi? Menyesal pun tak guna.

3 uberwords:

dylakamil said...

so true! :)

Anonymous said...

good entry ;)

ghaziml said...

hahahaaha sentap i!! anyway i suka dialog 6.. sumpah kelakar!