Wednesday, August 10, 2011

Tazkirah Ramadhan 8 : Dialog sentap #2

Assalamualaikum wbt. Seperti dijanjikan, usai terawih aku akan update entri baru untuk mereka yg cintakan ilmu, cintakan Allah, dan dahagakan pahala. Sebelum itu, bersyukur kita kerana Allah masih memberikan peluang untuk kita menikmati 10 Ramadhan. 20 hari lagi sebelum kita akan menjengah bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan. perasaan pastinya bercampur duka dan gembira.


Jadi, untuk entri kali ini, aku akan memberikan enam lagi dialog sambungan kepada Dialog Sentap #1 yang diharapkan akan membuat kita berfikir sejenak, muhasabah diri dan insyaAllah membaiki diri ke arah yg lebih baik dan diredhai Allah swt. ( sekali lagi, nama nama yg digunakan tiada kena mengena dengan yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia )


Dialog 1 :




Zizan : Min, tadi first time awek aku bagi pegang tangan dia.
Amin : Kau pun peganglah?
Zizan : Eh mestilah. Peluang tu. Halus betul tangan dia. Mana ada couple sekarang yg tak main pegang pegang tangan. Kau tak pernah pegang tangan perempuan ke?
Amin : Tak.
Zizan : Kesiannya kau. Kolot betul.
Amin : Daripada aku pegang perempuan bukan muhrim, baik aku pegang babi.
Zizan : Woih, apehal pulak?! Kau gila ke? Babi tu kan binatang haram.
Amin : Pegang babi bukannya berdosa pun. Kena samak je. Pegang perempuan?


Dialog 2 :


Ina : Aku annoying betul dengan si Tipah tu.
Minah : Kenapa pulak?
Ina : Tadi kan dia datang kelas first time pakai tudung. Nak tunjuk alim konon.
Minah : La, bagus lah macam tu. Mungkin dia dah berubah. Kau tu bila lagi?
Ina : Aku tak sedia lagi. Apa kau ingat semua orang bertudung tu baik? Ramai je yg jahat.
Minah : Yes tak semua yang bertudung tu baik tapi orang yg baik confirm bertudung.


Dialog 3 :




Alan : Betul ke cerita yg aku dengar yg kau dah berskandal dengan Adam junior kita tu?
Aman : Yes. kenapa?
Alan : Kau tak takut azab Allah ke buat benda songsang ni?
Aman : Ala, kau jangan nak pandai nasihat orang sangat. Kau ingat semua lelaki yg straight tu akan masuk syurga?
Alan : Memanglah tak semua. Tapi orang gay confirm masuk neraka.


Dialog 4 :


Zizi : Sampai bila kau nak terus buat kerja songlap duit orang ni?
Zuzu : Ala, agak agak seru sampai nanti aku bertaubatlah.
Zizi : Kalau Allah seru kau mati esok macam mana?


Dialog 5 :


Zimi : Puasa tak hari ni?
Zifi : Mestilah aku puasa.
Zimi : Baguslah. Tadi kau solat Zohor ke tak?
Zifi : Tak. Aku lupa. Khusyuk online je.
Zimi : Baik kau tak payah puasa.


Dialog 6 :




Azrul : ( sedang menyanyi )
Haqim : Lagu apa yg kau nyanyi tu?
Azrul : Lagu ni famous kot. Takkan kau tak tahu?
Haqim : Tak pernah dengar pun. Lagu apa?
Azrul : Lagu Kakiku di Bibirmu lah. Semua lagu band ni aku hafal tau.
Haqim : Oh, aku tak kenal pun band tu.
Azrul : Kolot lah kau. Lagu famous macam tu pun tak hafal.
Haqim : Surah Al Baqarah kau hafal tak?


Aku percaya sekurang kurangnya salah satu insiden daripada dialog di atas pasti mengrefleksikan diri kita balik. Apa yang patut kita buat? Teruskan dengan sikap sedia ada? Atau mencari jalan untuk berubah? Semuanya di tangan anda. Allah maha Mendengar.

5 uberwords:

FS said...

Good job! Terasa akak dengan dialoq pertama.

Azira Hafiza said...

Kakiku Dibibirmu. Aku pun tau lagu tu. Haha. Good job jugak :)

dylakamil said...

hahaha kakiku dibibirmu, nyanyian aku kan kan? hahah
byk jugak yg sentap, haha

mohamadazrulhaqim said...

Hebatlah korang tshu lagu tu. hahaha.

sentap tak sentap, aku pun sentap.

FM said...

nasihat yg baik.. =)