Sunday, October 9, 2011
Bersalah
Assalamualaikum. Lama. Lama sungguh aku tak coretkan sesuatu di sini. Naik segan dan perasaan bersalah menghantui diri bila tengok post post yang terakhir sebelum ini. Pandai sungguh aku bercerita tentang agama tapi hakikatnya aku masih sama seperti yang dulu. Mungkin kerana tinggal dengan Abang pada waktu itu maka aku sentiasa tergerak untuk menjadi lebih beriman. Persoalannya, adakah iman seseorang itu ditentukan oleh lokasi seseorang itu berada dan siapa di kelilingnya? Aku tiada jawapan. Mungkin benar. Mungkin tidak. Aku tidak mahu menjadi seperti bangau. Yang hanya suka menyalahkan orang lain. Tidak meletakkan diri sendiri yang sebenarnya bersalah. Begitu juga aku. Aku tidak patut menyalahkan faktor sekeliling dan lokasi aku berada. Semuanya ada dalam diri. Kiranya iman itu benar kuat, ada di mana saja imannya tetap sama. Bukan nya berubah ubah. Ya Allah tempatkan aku dalam golongan orang seperti itu. Amin.
Labels:
Kongsi Monolog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 uberwords:
kadangkala sifat dan sikap seseorang itu dipengaruhi oleh orang-orang yang berada disekelilingnya..sebabtu nabi kita mengesyorkan supaya kita memilih sahabat2 yang baik..yg bleyh bawa kita menuju ke jalanNya.. :)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
insyaALLAH amin
Post a Comment